Tahanan PPSMI berada di 2 balai

3 komentar

"Bagi peguam yang ada waktu, mintak hubungi Zulkarnain segera kerana ada tangkapan di demo PPSMI ptg tadi.Kini di tahan di 2 balai.Mohon bantuan!!!"

Seusai saya membaca mesej tersebut, hati saya dipagut-pagut rasa teruja untuk turun padang membantu.Apakan daya anak kecil saya sedang lena dibuai mimpi.Jelas Sumayyah begitu kepenatan setelah seharian bersama-sama kami di Masjid Negara pada hari ini.Biarlah dia tidur dan berehat secukupnya...

Hari ini,Abinya tiada pilihan untuk parkirkan kereta di kawasan berdekatan masjid kerana sekatan polis.Lalu terpaksa kami menapak jauh dari Dataran Merdeka berhampiran Kelab Selangor sehingga Masjid Negara.Sumayyah sudah kami asuh untuk bersama-sama dalam perhimpunan rakyat sebegini.Sekurang-kurangnya dalam perhimpunan yang kami yakin agak selamat dan tidak merbahaya.Kami ingin terapkan Sumayyah nilai-nilai mendaulatkan kebajikan,kebaikan,hak-hak kemanusiaan yang sememang ada secara praktikal dalam Islam.Di samping mendedahkan anak kami kepada sikap berani kerana benar.

Dan sememangnya hari ini sebenarnya adalah hari untuk Sumayyah dan anak-anak yang lain menyatakan bantahan terhadap ancaman masa hadapan mereka.Dan salah kalau ada pihak menganggap hari ini adalah hari tokoh - tokoh politik atau hari tokoh-tokoh sasterawan dan budaya menunjuk jaguh.Hari ini adalah hari anak-anak turun bersama ibu bapa untuk menyampaikan memorandum kepada Agong dan berkata"KAMI AKAN MUSNAH DENGAN PPSMI!"

Tapi dungunya pihak atasan polis..maaf cakap,dengan kehadiran sebegitu ramai anak-anak yang bersemangat ikat kepala dan ceria memegang sepanduk (dari umur 5tahun sehingga 12 tahun pun ada..), boleh arahkan gas pemedih mata ditembak?? Semburan Water Canon sudah di kira melampaui batas kerana terdapatnya kehadiran wanita dan anak-anak ini ..tapi gas pemedih mata?

Tepat jam 3.00 petang, saya yang ketika itu bersama-sama ibu-ibu dengan anak-anak kecil berada di masjid melihat trak-trak FRU yang membawa Water Canon melintas menuju jalan ke arah Istana.

Berdasarkan pengalaman sebelum ini hati saya mula cuak.Segera saya menelefon seorang sahabiah dari Kawasan Wilayah untuk bertanyakan suasana di barisan hadapan.

"Tuan guru kena lempar pemedih mata...tak sempat hantar.."

Mengetahui berita yang disampaikan,saya segera memaut tangan Sumayyah dan katakan kepada suami bahawa saya akan bawa Sumayyah keluar dari kawasan Masjid Negara.Saya hanya mengagak bahawa ramai peserta yang akan berundur apabila semburan gas pemedih mata bermula kerana ramai yang membawa anak-anak yang masih bersekolah.Tidak mustahil kejadian membedil perkarangan Masjid Negara akan berulang sekali lagi seperti perhimpunan rakyat dahulu.Saya cadangkan perkara sama pada ibu-ibu yang ada di dalam perkarangan Masjid.Sekurang-kurangnya tidak berada di luar masjid..Duduk di dalam bersama anak-anak.Tutup pintu ruang solat.

Saya hanya menerima berita selanjut menerusi SMS dan harakahdaily.Maka benarlah mereka membedil masjid dengan gas pemedih mata.Saya berharap tiada sesiapa tercedera.Lebihan lagi wanita dan anak-anak.

Saya kerap kali kesal dengan tindakan yang diambil oleh pihak polis mengakhiri demostrasi.Tetapi demo pada hari ini adalah yang paling mendukacitakan dan mempamirkan kedunguan Ketua Polis Negara.

PPSMI bukan isu melawan Agong atau mana-mana Sultan.PPSMI adalah isu pendidikan dan bahasa sahaja!!

Read full post >>

Koleksi Busana Stance Of Muslimah

Terkini Dari Blogger Wanita

Komen Pelawat

Yang Terkini