Personal Posting:Apabila Dihimpit Serba-Salah
7 komentarSalam dan marhaban,
Sebelum teruskan membaca, andainya anda "terbabas" memasuki posting ini- saya pohon maaf kerana posting kali ini bukan posting isu-isu semasa atau maklumat terkini seperti yang selalu saya tuliskan.Anda boleh terus meninggalkan laman ini dan melayari blog yang lain.
Posting ini untuk yang memahami sahaja.Yang ingin tahu apa sebenar berlaku.Maksudnya posting ini untuk mereka disekeliling saya (diluar internet) yang tertanya-tanya atau berteka-teki.
Kata Donald Trump " Nothing personal , its bussiness.."
Itu kata Donald Trump- raja perniagaan judi.
Tetapi kalau mengambil sifat Muhamad SAW Nabi Junjungan dan Kekasih Allah tauladan setiap ummah dan juga merupakan tokoh perniagaan yang berjaya- jujurlah kunci kepada rezeki perniagaan yang bersih dan mantap.Niat pula ikhlas semata-mata kerana ingin mencari keredhaan Allah SWT.
Jujur sejujurnya.
Disebabkan tidak meminati Donald Trump- saya cuba memberi ruang dan peluang kepada personal dan emosi.Yakni persahabatan.Dan saya sejujurnya ingin membantu.Bahkan melewatkan cita-cita ke arah pengeluaran busana kerja muslimah yang hanya menunggu untuk pengeluaran kerana design semuanya telah siap.Saya dahulukan pengeluaran T-Shirt Labuh Muslimah sedangkan berlambak-lambak para pegeluar T-Shirt muslimah di luar sana.Sebab hati perempuan saya mudah terharu dengan semangat dan cita-cita seorang sahabat.Maka berhempas pulas pula saya mereka design untuk T-shirt muslimah tersebut sementara rakan seperniaga mencari modal.Saya setuju andainya saya melakukan 90% kerja sekiranya rakan saya itu berjaya mendapatkan modal tanpa pinjaman bank.
Penentuan di tangan Allah SWT.Sehebat mana pun rancangan kami, modal yang digembar-gembur tidak diperolehi.Bergenang airmata saya memikirkan betapa peritnya otak berhempas pulas membuat rekaan tersebut walaupun ringkas (kerana tiada kemahiran dalam adobe photoshop-Pun saya belajar sehingga mampu mengunakannya).Lagilah memikirkan betapa masa-masa emas bersama Sumayyah saya korbankan begitu sahaja.Teringat rengekkan Sumayyah yang memerlukan perhatian di saat saya mengadap komputer.
Dan saya payah untuk menyerah kalah begitu sahaja.Meletakkan batang leher sendiri dikayu penenggal- saya mencari modal dalam pinjaman kewangan Islam.Ya..disaat-saat krisis ekonomi Malaysia- saya berisiko mencari hutang.Itupun setelah suami merestui dan bersetuju menampung bahagian kewangan kami yang kini makin bertambah pengeluarannya.
Hati saya pula berbahagi-bahagi.Cita-cita saya sendiri ingin mengeluarkan busana muslimah pilihan hati sementara rakan sendiri bercita-cita mengeluarkan T-shirt labuh muslimah.
Disebabkan janji- saya mengunakan pinjaman tersebut mengikut cita-cita rakan saya.Saya redha.Dengan syarat ansuran bulanan dibahagi sama rata dan dibayar bersama-sama.Barulah keuntungan boleh dibahagikan atau dijana untuk perniagaan seterusnya.Kerja juga kini mestilah seimbang.
Lalu saya terus bersemangat dan berkobar-kobar untuk meneruskan perniagaan.Dalam proses pengeluaran baju tersebut- saya pohon rakan mengambil beberapa tindakan untuk startegi pemasaran.Walaupun kami berniaga melalui website, kami ini bukanlah Irfan Khairi.Semua produk laku dalam website!Sekurang-kurang ada pembahagian tugas.Dan di sinilah saya baru tersedar- rakan saya itu seorang yang sibuk dengan kerjanya.Belum berkahwin tetapi mungkin kerana kerjanya menjaga sebuah kedai..lebih sibuk mengalahkan seorang peguam,isteri dan ibu.
Jadi perkataan sibuk dan line internetnya lambat mendahului segala perancangan.Saya buntu. Saya bukam.
Saya pula bertanya diri sendiri"Tidak sibukkah aku?Tugasan firma guaman lagi..sumayyah..suami..dewan muslimat?"
AKhirnya saya sujud menadah tangan mohon petunjuk Allah SWT.Kalau kami serasi maka teruskanlah perhubungan perniagaan ini , saya redha.Biarlah berhempas pulas.Tetapi kalau sebaliknya akan meranapkan mana-mana pihak, maka jauhkanlah dan putuskanlah hubungan perniagaan tetapi kekalkanlah persahabatan kami.
Al hamdulilah..lewat YM bulan ini-dia sendiri mengambil keputusan untuk tidak menjadi rakan kongsi kerana merasakan kami tidak serasi berniaga bersama.Saya lega bahkan saya doakan mudahan dia memenuhi cita-citanya.Saya tawarkan juga agar menjadi reseller saya.
Malangnya, sejak dua menjak datang cerita-cerita daripada adik-adik dan sahabat-sahabat disekitar saya.Dia mengadu domba pula rupanya.Saya seolah-olah kejam dan menjadikan dia hanya sekadar tempelan sedangkan dia berusaha.
Ya Tuhan..saya terus memuntahkan segala isi perut saya yang bercampur baur dengan geram,sakit hati dan pening.
Suami saya kata biarlah.Diamkan diri sahaja.Lagi kita membalas lagilah nanti perang saudara.Pun saya tetap menegur rakan saya itu.Tetapi saya pohon untuk menulis sesuatu di dalam blog.Mudahan sahabat-sahabat saya apabila membacanya mengambil tindakan untuk tidak memihak tanpa usul periksa.Dan saya akan mengambil tindakan untuk terus berdiam diri.
Setakat ini alhamdulilah..rezeki yang Allah limpahkan, perniagaan T-shirt muslimah berjalan lancar.Jualan di Majlis Sambutan HAri Raya PAS pusat di Stadium Malawati Shah Alam mendapat sambutan yang mengalakkan.
Itulah sekadarnya posting untuk sahabat-sahabat saya...personal posting.Maaf kalau anda yang tidak berkenaan membacanya.







hugs... tu semua dugaan sebelum berjaya.. kakak doakan Yati berjaya Aminnnnn....
Salam yati.
Saya terpaut pada semangat anda. Jika anda mahu mengiklankan produk anda di blog saya, saya sedia membantu secara percuma.
Berikan sahaja maklumat produk awak pada mailbox saya. Insya Allah, saya akan iklankan di blog saya.
keep up the usaha .. insyaallah berjaya..
usaha tangga kejayaan ... ^_^
all the best to u and famili ...
Salam, Akak,Atikah nie, Selamat memasuki dunia perniagaan. Yang sememangnya bukan semua insan yang mampu bertahan dengan ujian dan cabarannya. Seperti kita bermain catur,pencaturan kita kdg2 tersilap langkah, dan kita xdpt nak memusing kn kebelakang. Taniah dgn semangat akak dalam berbisnes. Saya doakan moga akak berjaya dgn perniagaan yang akak usahakan. Hem mcm kenal je kawan akak tue... Hee hee. Takpe setiap org ada kelemahan dan kekurangan msg2 kan, kesilapan dan kegagalan mematangkan kite... Mis U Sis!
Salam yati,
Saya kak As yang datang beli baju di stadium hari tu.Yang dari Melaka tu .Datang dengan mak dan anak-anak.Kami beli dua pasang T-shirt tu.Saya tengah jenguk awak punyer website yang awak bagi hari t tu pastu termasuk sini lepas baca profile awak.Saya cuma nak bagitahu Yati, saya juga pernah mengalami ujian yang sama.Lagi teruk kerana melibatkan kaum keluarga.Macam Yati cakaplah serba salah.Saya masa tu tak sampai hati nak tolak adik ipar nak join berniaga.Harap pagar-pagar makan padi.Saya rugi beribu-ribu ringgit.
Kaum keluarga tak faham bila saya ambil keputusan tak nak libatkan kaum keluarga lagi.Saya disisih oleh kaum keluarga termasuk suami sendiri.Sampai bercerai berai Yati.
Tapi macam Yati juga..saya redha.Saya yakin ada hikmah disebaliknya.
Mak saya yang datang hari tu kata Yati ni kental macam besi kalau tengok rupanya..hehehehe.JAdi saya rasa Yati tak mudah tumbang.
Yati boleh pergi jauh kalau tengokkan gaya Yati berniaga.Tapi jenis orang mudah kasihankan orang.Hati-hatilah situ.
Insya Allah kalau bulan depan saya berhajat untuk ke tempat Yati.Nak ambil baju lagi.Boleh bagi discount kut yek?
Saya doakan awak.
Kak As
Subhanallah..saya terpaku melihat dorongan semangat yang bertalu-lalu:
Kak Gee-Alway The Swee One- Hugsss back.Terimakasih atas doa akak.Makin bersemangat saya
Puan Nur Aflah- terharu saya dengan tawaran puan.Insya Allah akan saya usahakan.Cuma kalau puan tak kisah, saya lebih selesa kalau saya membayar komisen iklan affiliates kepada puan terhadap setiap jualan daripada percuma sahaja.Segan saya.Terimakasih banyak-banyak.
Taiko beaber- Bro..thank you for the doa.
Atikah- Hehe...hari tu kan macam bising kat awak ambil pinjaman untuk berniaga.Sekarang akak pula yang buat gitu.Tapi sikit je.Tampung juga dengan simpanan.MAcamana dengan kes tu?
Kak As- Ye saya ingat kak As.Yang paling ingat ialah gengaman tangan kak As dan mata kak As.Saya tertanya juga masa kita berbual tu kenapalah Kak As nampak sedih aja.Barulah saya tahu ceritanya.Aduh Kak AS...begitu sekali ujian yang akak kena tempuhi.Akak lagi tabah daripada saya.No wonder wajah akak berseri-seri.Putih bersih.Agaknya orang yang sellau dilanda ujian ini Insya Allah muka bersih dan putih ya ..?Kalau macam tu saya tak kisahlah berapa banyak ujian pun.Insya Allah.
Saya doakan akak juga.Saya teringin jumpa akak.Insya Allah,harga tu lain ceritalah kak.
Ok Yati.
Apa-apa hal, contact kat mailbox saya tu.