Kes Nurul Huda: Apa yang tak kena?
kategori nurul huda 11 komentar
Salam dan marhaban,
Penal Code 376 Punishment for Rape
"Whoever commits rape shall be punished with imprisonment for a term of not less than five years and not more than twenty years, and shall also be liable to whipping"
Lalu -Bekas pengawal keselamatan, Mohd Abbas Danus Baksan, yang didapati bersalah membunuh budak perempuan berumur 10 tahun, Nurul Huda Abdul Ghani di Johor empat tahun lepas, terlepas daripada hukuman mati selepas Mahkamah Persekutuan mengenepikan sabitan dan hukuman itu.
Mahkamah, bagaimanapun, mengekalkan hukuman penjara 20 tahun dan 24 sebatan dengan rotan yang diputuskan Mahkamah Sesyen Johor Baharu bagi kesalahan merogol budak prempuan itu, yang Mohd Abbas mengaku bersalah. Namun dia terlepas hukuman sebatan kerana dia kini berumur 52 tahun.
Petikan daripada Harian Metro.
Perogol tersebut terlepas daripada hukuman mati kerana hakim berpuas hati bahawa pembelaan berjaya mengemukakan hujah bahawa terdapat orang ketiga dan tiada bukti yang menunjukkan perogol tersebut "membunuh" arwah Nurul Huda.
Samada hakim terkhilaf atau tidak dalam membuat keputusan- beliau bergantung sepenuhnya kepada pembentangan hujah kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan.Saya sendiri teringin untuk melihat keterangan mahkamah sekiranya diberi peluang.Ingin mengetahui bagaimana pembentangan pihak pendakwaan yang tidak berjaya mensabitkan perogol dengan kesalahan membunuh.
Persoalan saya :
1) Adakah medical evidence menunjukkan ketika kejadian rogol- mangsa telah pun meninggal dunia(dibunuh oleh orang ketiga)?
2) Expert opinion-pakar perubatan-sekiranya mangsa masih hidup ketika dirogol- adakah kesakitan dirogol atau keadaan seperti dihempap oleh perogol yang bertubuh besar boleh mengakibatkan kematian?Lebihan lagi kemampuan seorang kanak-kanak perempuan yang kecil yang diperkosa bertalu-talu oleh 2-3 orang lelaki dewasa untuk terus bertahan..?
3) Application 304 (a) and (b)?
4) Kegagalan mensabitkan pertuduhan terhadap orang ketiga? Setiap kali kes jenayah yang membabitkan penglibatan orang ketiga yang tidak dapat dikesani- penjenayah yang bersubahat dan terlibat seolah-olah mendapat mitigasi secara automatik untuk mengurangkan bebanan hukuman.
5) Adakah semua lelaki dewasa berumur 52 tahun itu berbadan bongkok tidak bermaya?Melihatkan kepada tubuh perogol ini, nafsu dia sememangnya sebesar dan segagah tubuhnya.
Saya perhatin terhadap hukuman yang diberikan kerana 20 tahun itu adalah satu jangkamasa yang terlalu pendek.Walapun sekarang ini ada suara-suara pejuang hak asasi mengatakan bahawa hukuman mati mandatory patut dihapuskan kerana tidak bersesuaian dengan prinsip kemanusian- saya lebih condong ke arah beban melindungi golongan bukan penjenayah terutama anak-anak kecil.Andaikata 20 tahun itulah sahaja hukuman beliau -campur tolak dengan kelakuan baik semasa di penjara- hukuman penjara dikurangkan kepada 15 tahun, beliau masih boleh menikmati erti kebebasan dalam usia 67 tahun.Hey, berbaloi untuk merogol seorang budak kecil.Masuk penjara diberi suap makan dan minum .Mungkin menu percuma pula bertambah sedap kerana ramai perhatin dengan makanan orang-orang yang dipenjarakan.Tak perlu bekerja.Tunggu sahaja 15 tahun kalau berkelakuan baik.Umur 67 tahun sudah boleh keluar dan balik kampung tanam jagung!
Ok saya sedikit emosi.
Kalau itulah takdirnya beliau dihukum- maka saya doakan mudahan perogol ini dibuka pintu hatinya untuk bertaubat bersungguh-sungguh dan menghabiskan saki baki kehidupan dengan menjadi abid kepada Allah SWT.Sesungguhnya hukuman dia didunia amatlah ringan jika dibandingkan dengan hukuman yang menanti di akhirat.Allah SWT Maha Adil Maha Mengetahui.
Cuma dalam proses menegakkan keadilan di Malaysia ini terutama di dalam kes yang melibatkan jenayah ada beberapa elemen yang masih menjadi isu selain bidang kuasa mahkamah:
1) Akta dan undang-undang jenayah yang perlu digubal
2) Crime Scene Investigation yang perlu dimajukan (saya teringat ngomelan pensyarah Forensic Science saya ,Dr.G yang sentiasa berjenaka tentang betapa mundurnya CSI di negara kita yang mengakibatkan kekurangan dan kecacatan bukti)
3) Pendakwaan yang berkualiti.
AL fatihah untuk arwah adik Nurul Huda.Insya-Allah kesakitan arwah didunia hanya sementara jika dibandingkan syurga yang pasti untuk adik ini.Jadilah adik bidadari di syurga.Amin.






nur...
walau pun saya tidak memahami code undang², memang wajar saya rasa tak puas hati. apatah lagi kes ini membabitkan seorang kanak²... dunia!
Adil ke nie? Saya rasa sungguh sedih dan terkilan.. Seorang budak sudah meninggal dunia diperlaku dengan kejam, tetapi manakah pembunuhnya?
Kes Norita juga ada alasan orang ke-3.
Manusia semakin buta... buta mata dan buta hati. Mana tak nye... tua dan uzur sangat ke sampai boleh elak hukuman sebat? Kalau dia begitu gagah merogol, pasti dia gagah menahan sebatan yg tak seberapa tu.
Patutnya hukuman sebatan tu di teruskan walaupun tua mana sekalipun. Dah buat salah, kena tanggunglah.
Rasa macam nak sebat hakim je...
tak amik lagi criminal law so tak tau sangat lagi banyak benda.. but whatever it is,mmg tak patut in my point of view.Sekarang ni umur tak menjanjikan org tu tak berkeupayaan or whatsoever. And pasal makanan kat penjara tu,i think they deserve to get what they deserve..merugikan kerajaan peruntukkan bebanyak tuk makan minum dorg.U get what u deserve,kira baik nak kena kasi makan free..
terpanggil pulak nak mencelah...
antara tahanan yang memang buat salah dengan tahanan tanpa bicara yang belum tentu salah/tidak bersalah ada bezanya. cuba differentiate bebaik...
kedua-duanya mempunyai hak sebagai manusia. jika Allah swt itu tidak adil, maka udara yang kita sedut itu mungkin tidak akan diberikan kepada orang² yang ingkar.
persoalannya adalah mengenai peruntukan. jika peruntukan sehari = RM10, selayaknya mendapat harga makanan sejumlah itu juga agar beban persoalan di akhirat nanti mampu dijawab.
1 sen hak banduan bukan 1 sen milik si pembekal makanan. jangan sampai kita terambil hak orang lain...
sorry nur.. lajak menaip... hehehe..
Salam, Baru pertama kali kenal blog ni. Tie pun antara ramai yang tidak puas hati dengan keputusan tu. Tak dapat bayangkan betapa siksanya dia sebelum menemu ajal.
Kita masih belum mnyai sistem database DNA yg lengkap spt CODIS di US & UK
Katakan pihak foresik berjaya isolate DNA suspek pembunuh dari badan mangsa. Masalahya camana nak compare (identify) DNA ni kepunyaan siapa?
Tengok dlm CSI (miami) (my favourite hero-Horatio Caine :)) senang je dpt identiti suspek melalui CODIS
How i wish Malaysia akan ada database system mcm tu-I believe penjenayah mcm dlm kes nurul huda susah nak terlepas mcm tu je..
dengarnya akta identifikasi DNA 2008 yg dibentang di parlimen baru2 ni menuju ke arah tu..tapi ada sedikit kontroversi bcoz dibentang masa kes saiful-anwar tengah hot.
apa komen lilmom ttg akta tu?
Salam
sorry..sorry..tadi nak buat komen tapi lain yang jadi..mata dah tak clear dan tengah mlm.
p/s: nak masuk tido ler..
Salam..
p/s: sorry..sorry..semalam ingat nak komen tapi lain pulak yang jadi..mata dan ngatuk salah tekan kot..maafff
Suealeen & Letting the time:Itulah yang menyebabkan saya akan menolak terus sebarang kes yang membabitkan kes rogol untuk dibela.Kalau hidup sekali pun-jiwa mangsa sudah dibunuh.
Kujie: Betul.Memang ada orang ke-3.Terang-terang ada org ke-3.Status bunian.Tak dapat2 ditangkap.
suara:
Itu saya tak pasti kenapa hukuman sebat boleh terlepas.Kadangkala hakim tak bersalah kerana dia bergantung kepada pembentangan pendakwa dan pembela.Kalau pendakwaan lemah- maka dia tak boleh nak cari bukti sendiri untuk sabit kesalahan.
Anne:
Selamat menempuhi alam belajar.Belajar law ni senang je sebenarnya-applicablity.Betul- umur tak janji ketidakupayaan seseorang.Sebab itu saya nak sangat tengok keterangan mahkamah.Apa yang menyebabkan hakim merasa tidak patut.Mungkin akhbar hanya melaporkan serba ringkas pandangan hakim.Mungkin ada yang tidak dilaporkan.Pasal makanan- ya untuk penjenayah yang terbukti bersalah- memang tidak adil sekiranya menu mereka lebih mewah dari golongan miskin dan daif di negara kita
sueallen: No problem sis..saya suka kalau ada yang berkongsi pandangan.Yup setuju pasal peruntukan tu.Jangan kerana semata-mata mereka banduan- maka ada pihak yang ambil kesempatan untuk mengaut keuntugan dengan alasan membuat hukuman sendiri.
Pasal tahan tanpa bicara- point makanan bukan yang utama kerana overall akta dan proceeding tahan itu sendiri salah.Jadi sebaiknya isu makanan dalam ISA itu tidak dihangatkan hingga menenggelamkan isu utama-Untuk menghapuskan.
Tie: Welcome to the blog.Terimakasih atas pandangan tie.
Pakcik:
Doc,kalau akta itu mampu menaik tarafkan dan memajukan forensik DNA di negara kita- saya sokong.Tetapi bukan akta yang diwujudkan semata-mata untuk dijadikan alat untuk mempermudahkan tangkapan ke atas mana-mana insan yang tidak dapat dibuktikan kesalahannya.
Kalau ada akta tetapi CODIS pun tak mampu macam yang Doc cakap...tak kemana juga.Minta bantuan FBI sokmo la..kalau ada kes macam Nurin..
naz:
No problem..nanti lepas hilang mengantuk .boleh beri pandangan.Terimakasih juga.