Malaysiaku:Pulau hilang, budak pun hilang....
kategori Keluarga 1 komentarSalam dan marhaban,
Malaysia hilang Pulau Batu Putih.Sudah jadi satu fakta di dalam sejarah.Maka setelah mendapat keputusan ramailah yang telah memblognya.Boleh baca di sini di sini dan sini.
Namun ada lagi fakta yang lebih mengejutkan yang didedahkan oleh Menteri Pembangunan Wanita , Keluarga dan Masyarakat Dr.Ngen Yen Yen bahawa sebanyak 242 kes kanak-kanak hilang dari bulan Januari hingga March pada TAHUN INI masih belum diselesaikan.Baca di sini.
242 kes dalam masa 3 bulan...
3 hingga 4 orang kanak-kanak hilang dalam masa SEHARI.
Saya pernah baca angka 3 hingga 4 jumlah sehari tersebut hanya sinonim sebagai angka jenayah di sebuah negara besar seperti United States, Indonesia atau India.Cuma baru saya tahu maklumat yang terperam di dalam Kementeriaan Pembangunan Wanita ini dan sekarang baru didedahkan.Tidak pernah terfikir oleh saya.Sampai 3 hingga 4 kanak-kanak disekeliling saya akan hilang dalam masa sehari!
Jadi hati perempuan saya mulai risau dan berdebar kerana saya juga ibu kepada seorang anak perempuan.Pertanyaan yang jelas bermain dalam fikiran saya ialah susah dan sukar sangatkah untuk melindungi kanak-kanak ini di dalam sebuah negara kecil seperti Malaysia?
Adakah kerana sebagai ibu bapa kita terlalu cuai dan leka?
Adakah kita sebagai jiran tetangga terlalu taksub untuk tidak menjaga tepi kain orang sehingga tidak ambil peduli keselamatan anak-anak di kejiranan kita?
Adakah kerana polis kita terlalu disibukkan dengan laporan dan siasatan kes bersifat politikal seperti kes Karpal Singh?
Adakah kerana pertahanan negara kita terlalu lemah?Penculik,pembunuh,perogol dan sebagainya boleh keluar masuk Malaysia sesuka hati tanpa dikesan,ditahan dan ditangkap?
Adakah kerana pendatang asing sudah menjadi penduduk majoriti negara ini?
Semua itu sekadar persoalan dari seorang ibu seperti saya.Semoga mana-mana YB terutama YB wanita yang sudi membaca akan memberikan perhatian yang lebih kepada isu ini di dalam Parlimen atau Dewan Rakyat.Saya merayu kepada anda, jangan dialihkan dan ditenggelamkan isu ini untuk diperdebatkan ,diperbincangkan dan diberi kata putus kepada tindakan yang paling berkesan.
Jangan biarkan isu ini menjadi isu bermusim sahaja...






Risaunya Ya Allah... semoga kita semua dijauhkan dari bala becana.
-Yang tertanya-tanya, apakah pencapaian negara sudah cemerlang terbilang dan gemilang dalam 5 tahun ni? Oh, orang Melayu dah naik ke angkasa...