TEKA-TEKI EXCO SELANGOR

0 komentar



azminali.jpg drhasanali.jpg tengdap110.jpg


nazmisetpol.jpg

SHAH ALAM, Khamis 20 Mac - Siapa bakal anggota Exco kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan diketahui apabila majlis angkat sumpah jawaran itu Isnin ini.

Difahamkan, Parti KeADILan Rakyat (PKR), DAP dan PAS sudah mengemukakan senarai nama wakil-wakil yang akan mewakili parti masing-masing bagi mengisi 10 jawatan Exco berkenaan.

Antara nama utama dalam senarai PKR ialah Mohamed Azmin Ali, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Gan Peh Nei (Rawang), Yaakub Saperi (Kota Anggerik), Lee Kim Sin (Kajang) dan Xavier Jayakumar (Seri Muda).

A
dun Seri Setia, Nik Nazmee Nik Ahmad yang turut disebut-sebut sebagai anggota Exco sebaliknya akan dilantik Setiausaha Politik kepada Abdul Khalid.

Sebagai parti pelbagai kaum, PKR dijangka menyenaraikan sekurang-kurangnya seorang Adun mewakili setiap kaum dalam parti yang memenangi 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada pilihan raya umum ke 12 pada 8 Mac lalu.

DAP pula dikatakan akan menyenaraikan Theresa Kok (Kinrara), Liu Tian Khiew (Pandamaran), dan Au Yong Hian Wah (Seri Kembangan). Adun Sungai Pinang Teng Chang Khim dikatakan akan dilantik timbalan speaker Dewan Undangan Negeri Selangor.

Theresa adalah Adun yang mewakili parti itu ketika mengadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menyatakan kesediaan DAP bergabung dengan PKR dan PAS membentuk kerajaan baru Selangor serta menyokong Khalid sebagai Menteri Besar.

Agendaselangor.com difahamkan, DAP masih berusaha supaya seorang daripada mereka dilantik Timbalan Menteri.

Ketika Tan Sri Abu Hassan Omar menjadi Menteri Besar, jawatan timbalan pernah disandang oleh Datuk Zainal Abidin Ahmad yang kini menenangi kerusi Parlimen Hulu Selangor apabila bertanding atas tiket PKR pada pilihan raya lalu.

Manakala PAS pula sudah pasti mencalon Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali R AdunGombak Setia), Iskandar Samad (Chempaka), Dr Halimah Ali (Selat Klang) serta Saari Sungib (Hulu Klang).

Komposisi keanggotaan Exco seramai 10 orang itu kemungkinan besar sama rata dengan lima mewakili kaum Melayu dan lima lagi bukan Melayu.

Empat daripada mereka akan mewakili PKR, dan masing-masing tiga orang mewakili DAP dan PAS. Selain PKR, DAP memenangi 13 kerusi manakala pas lapan kerusi pada pilihan raya lalu manakala Barisan Nasional hanya memperolehi 20 daripada 56 kerusi DUN di Selangor.

Sementara itu, Abdul Khalid mengesahkan senarai Exco sudah siap dan hanya menanti pengumuman rasmi serta majlis mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Isnin ini.

"Ya, senarai Exco Selangor sudah disahkan dan akan diumumkan Isnin ini,” katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Selangor di sini, hari ini. Ketika diminta mengulas mengenai jawatan Timbalan Menteri Besar pula, beliau juga enggan memberi sebarang komen. "Saya tak boleh komen, tunggu saja Isnin ini selepas majlis angkat sumpah, saya terangkan secara menyeluruh," katanya.

Sumber berita dari agendaselangor.

<

Pautan

Koleksi Busana Stance Of Muslimah