PERSONAL POSTING AND A BIT MUSHI-MUSHI

0 komentar


Salam and Marhaban,


Saya tidak pernah mempunyai seorang adik perempuan. Kesemua adik-beradik saya kecuali saya adalah lelaki.Dan kalau berjauhan pun saya jarang merindui mereka.Bukan tidak rapat.Mungkin kerana mereka adalah lelaki- masculine...jadi rindu-rinduan kepada adik lelaki tidak begitu kerap berlaku.

Tetapi semalam baru saya merasai perasaan mempunyai seorang adik perempuan dan sekaligus "berpisah" dengannya.Jadahnya hari ini saya sedikit mushi-mushi.Saya sudah rindu pada dia.

Sejak bergerak -kerja untuk pilihanraya ke-12 baru-baru ini, kami dirapatkan.Walaupun kedua-dua terlibat dalam Nisa` Shah Alam tetapi hanya setelah bersama-sama di dalam Unit Risalah baru kami mengenali hati budi masing-masing.

Bayangkan setiap kali meeting dia akan ada di sebelah saya bersama laptopnya.

Setiap kali untuk ke meeting itulah dia yang akan angkut saya dan sumayyah dengan kereta wiranya.Sumayyah pun sudah rapat dengan dia.Kalau saya buka pintu rumah sambil tunggu kereta wira putih- saya maklumkan pada sumayyah."Kita tunggu Cik Sham ye...."Sumayyah akan faham kalau sebut nama Cik Sham dan seolah-olah menunggu dengan sabar.

Sepanjang PRU -12 Ym saya tidak akan sepi tanpa mesej dari dia hari-hari bertanyakan tugasan risalah."Kak Nur, En.Isma kata....Kak Nur Akh Fakhrul kata....Kak Nur risalah En.Isma kata padat sangat..Kak Nur saya nak sent amendment risalah...Kak Nur saya tak faham...Kak Nur...Kak Nur..Kak Nur.."

Ada masa saya layan dia dengan baik..

Ada masa saya marahkan dia kalau dia blur-blur liao.

Pendek kata, saya senang sekali kerja dengan dia.Laju ,cepat dan tangkas. Dan begitu ikhlas.Walaupun kadangkala saya gelakkan dia dalam hati kalau wajahnya kelihatan begitu keliru di dalam mesyuarat bersama muslimin.Skema budaknya..

Hari ini dia dalam perjalanan ke Pantai Timur untuk bekerja di sebuah syarikat antarabangsa Jepun di Kerteh.Sebelumnya, dua tiga hari kami ber YM.Dia tidak pasti mahu pergi atau tidak ke Kerteh.Dari penjelasannya yang bercampur-campur saya agak dia sayangkan Pas Kawasan Shah Alam.Dia merasai ukhuwah dan persahabatan yang dia tidak pernah rasai sebelum ini.Apatah lagi katanya bekerja di dalam Lajnah Penerangan dan Dakwah Pas Shah Alam.Walapun dimonopoli oleh Muslimin, dia terasa seperti di layan seperti seorang adik perempuan yang dihormati.Apatahlagi dengan sahabat-sahabat Nisa Shah Alam yang juga merupakan teman serumah.Dan saya pula baginya merupakan seorang kakak yang tidak pernah dimiliki sebelum ini . Saya kakak yang lain daripada kakak-kakaknya sendiri yang dikenali.

Saya cukup tersentuh.

Kalau ikutkan hati saya ingin saja saya sokong niat dia untuk menetap sahaja di Shah Alam dan terus sahaja menjawat jawatan ala-ala kerani di sini.Saya memang akan patah sayap bukan sebelah lagi malahan dua belah ibaratnya tanpa dia di dalam Unit Risalah.Tetapi demi masa hadapan dia- saya minta dia fikir baik-baik dan jangan tolak tawaran Yokogawa.Bukan mudah untuk anak melayu masuk di dalam syarikat tersebut.Inilah masanya dia menimba pengalaman di sebuah syarikat antarabangsa.Dia perlu keluar dari zon keselesaan.Shah Alam ini selesa kerana majoriti bangsa adalah Melayu.Saya ingin dia merasa bekerja di bawah bangsa lain.Biar dia contohi dan tauladani bangsa lain bekerja.Saya sudah merasa bekerja dengan pelbagai jenis bangsa Malaysia.Jujur saya katakan, sekiranya dia terus berada di dalam syarikat bangsanya sendiri yang berada di Shah Alam ini-mungkin dia tidak dapat berfikir out of box.Dia akan lambat matang dan terus manja.

Lalu semalam, dia mengucapkan selamat tinggal kepada Ayah-ayah dan abang-abang di Lajnah Penerangan dan Dakwah selepas meeting.Mata dia saya lihat berkaca-kaca.Budak yang baik dan ikhlas dalam berjuang.Saya juga agak mungkin semalam di rumah bersama sahabat nisa ada drama air mata.Air mata saya tidak saya tumpahkan di hadapan dia.Kerana saya tidak merasa sedih sebaliknya gembira dengan perkembangan dan kemajuan dia.

Saya doakan dia terus thabat di dalam perjuangan di mana sahaja dia berada.Saya sudah pesan pada dia..dicampak ke pulau mana sekalipun pastikan Islam disitu subur.

Okay...itu sahaja.Setiap pemuda /pemudi yang hilang dari barisan Allah sudah kata akan ada penganti.

Sementara mencari dan menunggu penganti, saya pasti akan terasa kekosongan di sebelah saya setiap kali meeting...

Later days..


Pautan

Koleksi Busana Stance Of Muslimah