PERHIMPUNAN RAKSASA MILIK RAKYAT..

12 komentar

Salam dan marhaban,





c

c



e



g


h

y


y



y
Semua gambar diambil tanpa minta izin dari Tranungkite

(Coretan Saya sahaja..)

Saya dan Su , salah seorang Nisa` Shah Alam sampai lebih kurang pukul 6.58 petang setelah terperangkap dalam trafik hasil kepakaran saya membawa kereta.Berpusing-pusing satu section 13.

Sebenarnya di tengah-tengah stadium tersebut telah dibuat solat maghrib,solat isyak dan munanjat .Solat Isyak dan munanjat di imamkan oleh Tuan Guru Dato` Haji Hadi Awang Presiden PAS.Maksudnya sebelum bernyanyi-nyanyi itulah.

Bila sampai- saya lihat orang tak ramai.Muslimat sedang bergotong-royong meluruskan tikar untuk persediaan solat Maghrib.Saya agak-agak sendiri.Tak ramai kut.Sebenarnya lega juga kalau tak ramai.Sebab saya lihat petugas wanita tak ramai.Yang pakai vest-vest semua sedang duduk.Tak ada yang menunggu dan berdiri untuk jadi usher bagi memudahkan penonton.

Saya cakap pada Su..tikar senget benget.Nanti mereka sembahyang pun tidak mengadap kiblat secara sebaiknya.Saya letak beg berisi kain sembahyang dan sambil masih menyandang beg Totte saya (Yalah..saya ingat dah ramai petugas yang di amanahkan.Sepanjang minggu saya telefon pihak muslimat-saya kata saya nak sumbang tenaga.semua kata dah ada petugas) saya pohon kakak-kakak dan ibu-ibu bantu saya betulkan tikar.Saya betulkan saf di hadapan manakalah Su betulkan saf di belakang.

Waktu Solat Mahgrib...saya jadi cuak kerana banyak lompong-lompong di antara jemaah.Tak rapat-rapat.Memang putus saf.Sampai lebih se depa pun ada.Saya rasa takut.Sebab PAS Selangor adalah penganjur.Saya anggap saya juga salah seorang petugas PAS Selangor secara tak rasmi.Saya terasa kesalahan saf-saf terputus ini juga akan di persoalkan esok kelak.

Pukul 8.00 malam- orang ramai mula berpusu-pusu memasuki dewan untuk mendapatkan tempat di ruang solat dan ruang duduk.Keadaan semakin kaget.Saf di tengah kosong dan terputus.Ada ruang kosong lagi di hadapan tetapi muslimat semua berkumpul di belakang.Mahu tidak mahu walaupun saya ini pemalu orangnya (tehhihihi) - saya buang malu itu dan berdiri tegak di hadapan.Saya usher muslimat agar memenuhi saf hadapan.Al hamdulilah dengan pertolongan kakak-kakak dan ibu-ibu hadirin, mereka berjaya membentuk saf yang rapat dan lurus.Tetapi di belakang dan di tengah pula bermasalah.Apabila saya panggil seorang adik dari kawasan mana entah yang segak berbaju vest- dia kata dia tak bertugas bahagian itu.Dia kutip derma sahaja.Saya ni mulut laser juga.Tapi malam semalam- saya memang penyabar.Saya segera membuat panggilan kecemasan kepada Arina- Ketua Nisa Shah Alam supaya dia atau sesiapa sahaja turun bersama saya di bawah.Saya perlukan bantuan!!Farah dan Su bergegas mengawal keadaan di belakang dan ditengah.

Apabila jemaah sudah memenuhi ruang tengah hingga melebihi ruang yang ditetapkan- satu masalah yang timbul.Pintu-pintu ke arah tangga menaiki ke ruang tempat duduk tertutup.Jadinya orang akan masuk tetapi mereka tak dapat naik untuk duduk.Jadi semua berkumpul di ruang solat.Dan orang ramai terus masuk dan masuk.Boleh bayangkan tak?

Saya macam ibu kehilangan anak melepaskan tugas menjaga saf solat kepada farah dan berlari ke arah pemuda/unit amal tanya arah tangga. Berderet-deret kakak-kakak dan ibu-ibu yang tidak boleh solat mengikut saya macam anak itik.Saya ikut tunjuk arah oleh unit amal itu.Naik punyai naik tangga yang agak lebar-lebar itu rupa-rupanya pintu ke ruang duduk berkunci rapat.Yang mengikut di belakang saya sudah mengerutu.Yalah..ada yang makcik-makcik dan ibu-ibu mendokong anak.Terpaksa pula panjat tangga.Saya minta mereka sabar dan saya akan cari juga jalan.

Setiap kali saya berlari mencari jalan sambil masih memegang kain sembahyang ( saya berharap benar dapat ikuti munanjat dengan Tuan Guru)..setiap kali itulah orang ramai akan sama berlari-lari anak ikut saya di belakang.Saya kata jangan ikut pun mereka ikut juga.Saya asyik berjumpa pintu berkunci.Berbakul-bakullah orang memarahi saya (mungkin marah pada penganjur).Dah dapat staidum tak reti pula nak guna stadium..kata seorang makcik.Saya dalam gurau-gurau jawab juga.Dah orang yang bagi macam tak bagi makcik...Nasib baik ada satu jalan di hujung entah mana yang ada lif.Ada unit amal jaga di situ.Jadi semua yang membuntuti saya dari belakang selamat saya hantar melalui lif tersebut.Selesai masalah di situ tetapi orang ramai masih dibawah.

Apabila terpandang seorang anak muda yang memakai seragam security dan memegang walkie talkie- saya segera mengadu bahawa pintu tak banyak di buka.Dia kata untuk keselamatan.Saya kata masalahnya kalau tak buka..orang nak duduk di mana.Saya membebel-bebel pada dia (kasihan dia...) dan saya ikut sahaja dia kemana dia pergi.Nasib juga berjumpa Pak Shukur (ex-editor harakah).Pak Shukur lagilah memfire anak muda itu.Kasihan dia.Last-last dia guna walkie Talkie dan hubungi rakan-rakannya.Saya tinggalkan Pak Shukur dengan anak muda tersebut.

Kembali di bawah.Saya tergamam sebab jumlah orang ramai sudah melebihi dari jangkaan.Saya dapat tahu di luar stadium masih ramai yang tidak dapat masuk.Seorang muslimin section 24 memaklumkan saya bahawa pintu yang sebelum berkunci sudah di buka.Ada muslimat bervest dari kawasan mana entah tiba-tiba sahaja ingin membuat muhasabah time-time tu jugak masa saya sedang kalut nak usher kakak-kakak dan ibu-ibu ke ruang duduk."Sepatutnya korang kena plan awal-awal.....blablabla.."Saya bukan tak mahu mendengar muhasabah tetapi yang aula waktu itu ialah menghantar hadirin ke tempat duduk.Dan saya pening dan lapar.Saya tinggalkan dia membebel seorang diri dan naik menghantar hadirin.Bila saya turun saya kembali kepada akak tersebut yang masih "berbincang " dengan muslimin akan penting perancangan yang efektif.Saya dah kata saya ni mulut laser.Maka saya beritahu akak tersebut.."Akak sambil bincang dan berdiri di sini -tolong usher muslimat naik ke sini ya"Saya tidak perduli samada kamu pimpinan mana-mana kawasan hatta pusat sekali pun.Akai pakai la.....kalau dah nampak kalut-kalut gitu- terus aja turun padang.Takkan jatuh siqah kut.Takkan kita mahu iringi VVIP sahaja?Takkan nak buat kerja kelas-kelas sahaja!Come on la..ini PAS la..bukan UMNO!

Saya terlepas Solat Isyak berjemaah dan munanjat.Sedih juga.Tetapi saya percaya setiap yang saya lakukan ada ganjaran di sisi Allah SWT.

Tugas saya malam itu berterusan dari menjumpai anak terpisah dengan ibu,mengangkut kerusi untuk ibu-ibu mengandung ,usher tempat-tempat yang masih kosong untuk muslimat duduk hinggalah kepada membeli makanan untuk suami saya (kasihan dia....yang bertungkus lumus dengan muslimin shah alam yang lain).


Kesimpulan...memang perhimpunan rakyat yang raksasa!


Pautan

12 komentar: to “ PERHIMPUNAN RAKSASA MILIK RAKYAT.. so far...

  • Nazmi Yaakub 31 March 2008 21:03
     

    Andai satu hari saya DIPERINTAH utk cover program Pas, saya harap tak ditemukan dengan kakak penulis blog ini. :)

    Garangnya!

  • Une_Musulmane 31 March 2008 22:34
     

    hoh..baru aura puteri salju tuh,,bukan aura Ratu Seribu Tahun..

    Nasib anda malang wahai nazmi yaakub kerana seandai anda berada dan diperintah untuk cover mana-mana program PAS ..dan seandainya akak ini dipermudahkan Allah SWT untuk hadir dan sekaligus turut membantu...anda akan bertemu juga dengan diri ini....

  • Siti Sifir 31 March 2008 22:41
     

    Alhamdulillah. Congrats sis.

    Tak la buat Konsert AF... Konsert Jom Heboh... itu ini je kat situ ekk.

  • Une_Musulmane 31 March 2008 22:47
     

    Siti Sifir..

    Yup..setelah berpuluh tahun diperintah oleh BN- inilah kali pertama perhimpunan rakyat bermunanjat bersama tuan guru dapat di adakah.

    Tahniah kepada pihak penganjur dan semua petugas...

  • Nazmi Yaakub 01 April 2008 16:34
     

    Ops, maaf ya. Dalam entry blog ini, saya bayangkan orang yang lebih berusia. Rupa-rupanya sebaya dengan saya.

    Selamat berjuang Cik Puan Lowyer!

  • NURUL MUNAWIRAH 01 April 2008 18:45
     

    huwa..tak dapat pi..erm.satu hari lagi untuK ISLAM..=)

  • Kaklong Syikin 01 April 2008 20:11
     

    salam,

    tahniah kerana berjaya menjalankan tugas tanpa perlu disuruh2. tau bila perlu ambil tindakan.

    pelik gak ya, tak de ke taklimat terakhir pada petugas2 muslimat sblm bergerak melakukan kerja masing2?

  • Une_Musulmane 01 April 2008 21:02
     

    nazmi yaakob - Pun.saya tetap nak pangkat kakak..

    Muna - hoh..patut ku cari tak jumpa gadis itu..kalau awak pi mesti suruh buka kaunter nisa`.Sayang beb, tak dak sapa bukak kaunter nisa` dan ambil peluang dan ruang masa tuh..semua bertumpu nak kutip derma.

    Kaklong syikin - memandangkan saya tidak terlibat secara langsung kecuali petugas bidan terjun maka saya tidak dapat nak pastikan berkenaan taklimat terakhir...tapi taklimat pasal kutip derma ..haaa..ada..ada..?

    p/s : perlu ke lancarkan derma jihad masa baru-baru nak ajak rakyat Selangor berkumpul ni...?Bukan apa, suasana Selangor ni berbeza dari Kelantan...sesuai ke dalam masih hangat merasai kemenangan yang baru..?

  • Kaklong Syikin 02 April 2008 02:29
     

    salam,

    bab derma jihad tu, mmg kena adakan mesyuarat dulu sbb mcm yang une cakap bi'ah di selangor n kelantan berbeza. stail masyarakat sudah pasti berbeza.

    mungkin nama derma jihad tu boleh ditukarkan kepada nama lain spt nama derma kebajikan ke, sebab takut ada org sensitif dgn perkataan jihad ni..depa nampak macam perang aje, walhal maknanya luaskan.

    mungkin boleh juga dlm mana2 perhimpunan ngan rakyat sediakn fliers/brochures kepada pengunjung2 berkenaan dgn derma jihad ni; apa makna derma jihad, apa objektif pengutipannya dll dn lain2 maklumat yg membuatkan pengunjung rasa berbesar hati utk menderma sbb depa tau duit tu tidak digunakan utk ke jalan yg salah.

    sekadar pandangan saya :)

  • Letting the time pass me by 02 April 2008 17:11
     

    Orang PAS kerja untuk Allah.... Balasan bukan kejar balasan dunia, tapi balasan akhirat....

    Tetapi jangan terlampau asyik nak menyambut kemenangan... Perjuangan tu masih jauhhhhh lagi.
    Walau pun berjaya memenuhkan stadium Melawati tu, kita harap jugak kalau PAS berusaha memenuhkan setiap Mesjid di Malaysia setiap kali waktu sembahyang .....

  • Une_Musulmane 02 April 2008 20:02
     

    Dear Kak Long Syikin and Letting The Time Pass By....masya-Allah idea dan peringatan yang bernas..sungguh-sungguh diucapkan terimakasih.Akan saya panjangkan /forward pada pimpinan kawasan.

  • >>Hamba Allah<< 25 June 2008 19:39
     

    salam kak nur..

    sory ler br je tau ni blog akk..mmg satu pengalaman yg takkan kita lupakan. di sebalik rasa gah dan kagum atas kemenagann dan sekumpulan himpunan ribuan umat islam yang datang tetapi ada sst yg kita perlu pelajari dan ambil iktibar dalam himpunan raksasa ni...iaitu persediaan dalam semua segi dlm mengambil tanggungjawab bersama bukan atas tugas yang dilabelkan di dunia dan masing2berada di zon selesa serta ingin menjadi spt vip.Bukankah islam itu cantik dan kalau masing2 faham ia perlu dipraktikan bersama pasti comel jadinya sst prgram yg dilakukan. wallahua'lam

Koleksi Busana Stance Of Muslimah